Tuesday, June 16, 2015

PUASA SUDAH KITA

Dulu Puasa seorang je, nak sahur apa pun, nak buka apa pun, suka hati mak okay. kadang2 aku langsung tak sahur cuma bergantung pada niat sebab aku selalu terlajak ke imsak. terjaga and then terus memekik alamak subuh!!

Pengalaman puasa aku masa aku duduk seorang dekat kl, sahur aku memang amalkan makan nestum + kurma and susu. sampai housemate aku cakap ti kau ni boleh tahan ke puasa makan tu je, aku mula2 je tak biasa dah lama2 okay aje masuk perut, siap berenang2 nestum tu dalam perut aku. *haha

Balik dari office aku memang tak akan singgah bazar sebab aku memang plan nak diet and nak sihat masa puasa. tapi tak ada lah sebulan tu tak teringin nak makan apa2 kan. jadi bila terasa nak makan sesuatu aku memang beli sikit je, semata mata untuk rasa. makanaan rutin aku time buka puasa cornflakes + kurma + kismis and susu. memang aku bantai makan tu je lah.

Memang aku biasakan makan tu je lah sebulan puasa. The result memang awesome sebab aku tak rasa penat langsung masa puasa, sentiasa berjaga awal and tidur awal. Paling penting aku rasa sihat.
berat maintain and duit aku memang jimat sepanjang bulan puasa tu *abis dt dekat baju raya


gambar aku lepas puasa tu. kurus gila2 sampai kakak aku cakap *kau amek dadah ea? hangguk kau kak, aku makan makanaan berkhasiat okay !

Masa bujang boleh maintain semua ni. makan tak makan apa nak kisah, lagipun jaga diri sendiri.

sekarang dah hidup berdua, kena masak lagipun laki aku memang kena makan nasi. tak boleh kalau nasi nan hado. Tahun ni 1st time aku berpuasa dengan cik husband. so kena set alarm bangun sahur. prepare juadah berbuka and yang seangkatan dengannya. 

Next year dah bertiga so kena prepare mental and fizikal. *hahaha tu boleh jadi azam kurus balik


Lepas dah kawen and makan tak ingat dunia, ni lah jadi nya ! *mamee monster
tapi aku happy and bahagia biarpun begini rupa ku *kahkah
*in shaa allah kurus balik kalau dizinkan

*May Allah bless our marriage till jannah.

Selamat menyambut bulan ramadhan dan mohon maaf sekiranya ada salah dan silap pada siapa yang mengenali diri ku ini :)

Selamat hari raya *awal nau wish :p

Bye ! Roger in Out

No comments:

Post a Comment