Monday, June 22, 2015

SUP AYAM SESUKA HATI & SAMBAL KICAP

Assalamualaikum..

Sempena bulan Ramadhan ni aku memang rajin masak untuk berbuka and sahur. biarpun penat dengan kerja office and baby dlm yuyut meragam *hihi , still rajin juga masak sebab aku memang dah niat kalau keadaan aku mengizinkan, aku nak masak untuk husband sepanjang ramadhan. *semoga istiqamah

kadang kadang kelam kabut nak masak so aku selalu masak benda yang super duper simple and cepat.

BAHAN-BAHAN

Ayam - Suka hati nak potong macam mana pun
*4 ulas Bawang putih
*3 ulas Bawang Merah
*Halia 
Serai
Kentang
Lobak

* Tumbuk/Kisar

HIASAN

Daun sup
Daun Bawang
Bawang Goreng

CARA-CARA

Tumis bahan yang di tumbuk & serai. tumis sampai naik bau. Masukkan ayam and gaul bersama bahan tumis tadi.

Masukkan air diikuti dengan Kentang and lobak. bila dah mendidih masukkan daun bawang.
angkat dah hiaskan dengan daun sup +  Bawang goreng.

Macam ni lah ghupe Sup ayam aku *sayang nya gambar ni hasil dari Google sajo
*bila dah lahap mana sempat nak amek gambr lagi



SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN

Kicap
1 ulas Bawang putih
Limau Kasturi
Cili padi

CARA-CARA

Tumbuk cili padi dengan bawang putih, masukkan Limau kasturi and kicap 
* sesuai kan rasa ikut tekak anda ye

Hasil carian google sebab malas + tak sempat lh nak snap2 gambo. tapi ghupe memag serupa nau2

Okay done !

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment