Thursday, April 2, 2015

AYAM MASAK MERAH SIMPLE & SEDAP

Memandangkan aku ni jenis tak berapa  pandai sangat masak benda yang complicated,jadi nya aku suka cari resepi through google and baca blog pasal resepi yang senang dan cepat.

Well setakat ni tak pernah failed lagi kalau ikut resepi. tapi kalau nak buat kuih muih or dessert aku angkat bendera putih okay!

aku pergi kerja memang akan bawa bekal, so bila lunch memang akan makan sama2 dengan suami. lepak dekat mana2 taman syurga cewaaahhh. padahal lepak makan dekat taman bunga aje.

5 hari berkerja aku pun kena variety kan lauk so apa lagi google lah jawab nya. supaya tak bosan asyik makan lauk yang sama ja.

ni 1st time aku masak ayam masak merah.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*halia - size ibu jari
*cili kering atau cili merah (rendam dalam air panas senang nak blend)
-aku pakai cili merah sebab tak berapa pedas sangat

*Kisar

__________________________________________________________________________

BAHAN B

setengah ekor ayam (gaul bersama serbuk kunyit dan perasa)
1 biji tomato (potong 4)
1 batang serai (di titik)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
sos cili

CARA-CARA

1) Goreng ayam setengah masak

2) tumis bahan yang telah di kisar, pakai je minyak time goreng ayam tadi, sampai naik minyak. kemudian masukkan sedikit sos cili (jangan banyak sangat nanti manis)

3) lepas tu masukkan serai, ayam dan tomato. perasa ikut lah suka hati janji sedap ikut lidah sendiri

4) bila dah mendidih masukkan bawang besar yang di hiris nipis tadi. gaul bersama ayam sampai      layu.

4) angkat dan makan dengan nasi panas

ok done!!

Merah menyala lagi ayam masak merah aku. truth is kena cahaya matahari time amek gambar ni.hoh
rasa memang tak berapa pedas sangat,kalau korang nak pedas pakai lah cili kering.


senang kan. tutup mata pun boleh buat. kalau nak kuali terbalik tutup lah mata sambil masak.

SEMOGA BERJAYA




No comments:

Post a Comment