When destiny bumps us to be together unexpectable
and unpredictable, my love story begin here. 2 years and 8 days I love her and
know about her, Well its quiet a huge number of times. Siapa percaya pada
takdir dan jodoh? Well aku sangat-sangat percaya pada nya. Aku sebagai manusia
tidak terlepas menginginkan perasaan ingin bahagia dan di sayangi, insan yang
aku maksudkan adalah perempuan yang datang dari jauh nun jauh di sabah. Kisah
kami bermula pada tahun 2010, di kuala lumpur metropolitan university college
(KLMU), pada waktu itu aku berada di semester 3. Lokasi havela tingkat 8,
bangunan pusat pendaftaran subjek hospitality and tourism industry.Pada waktu
itu aku dan kawan-kawan ku sedang beratur untuk mendaftar subjek
masing-masing,tiba-tiba ada seorang gadis menepuk belakang ku, ‘abg senior..saya
nak Tanya ni, kat mana nak dapat borang untuk register subjek ye? Aku tak
pandang wajah nya, kerana ketika itu aku terlalu sibuk dengan pendaftaran
subject faculty ku. Aku hanya menjawab ‘borang itu ada kat depan lif’.Yang aku
ingat mata dan wajah dia yang putih.
Selang beberapa hari kemudian aku dan rakan-rakanku
menghadirkan diri untuk kelas pertama iaitu financial accounting 1. Aku dan
rakan-rakan ku mengambil tempat di barisan kedua di sebelah kanan, pada masa
itu, ada dua orang perempuan di hadapan ku,dan mata ku tertarik pada telatah
gadis yang berbaju putih dan bertudung bawal hitam. Dia bercakap tanpa henti,
aku pun pelik melihat telatah nya itu. Aku pandang mata dan wajah nya, memang
confirm perempuan ini yang tegur aku masa register subject hari tu.
Kelakar sungguh perempuan ni, dia hanya
akan berhenti bercakap bila dahaga dan nak minum air. Aku suka melihat telatah
nya, Habis je kelas dia mengambil nombor telefon aku dan kawan-kawan aku,
katanya senang untuk dia bertanya sama ada kelas ada atau pun tak ada.
Masuk minggu kedua aku menerima panggilan darinya,
‘wei, kau hari nie ada kelas akaun tak?’ aku mengiyakan soalan nya itu. Pelik
aku dengan perempuan nie, dia sentiasa cari aku padahal dia ada no telefon
kawan-kawan aku yang lain. Aku semakin naik rimas dengan sms dan panggilan
darinya yang asyik bertanyakan pasal kelas. Sementara menunggu kelas akaun, aku
dan kawan-kawan ku makan tengah hari di maju junction, sesudah makan aku dan
kawan-kawan ku bergegas ke tingkat 4 havela untuk menghadiri kelas akaun.
Kawan-kawan ku terus memenuhi barisan kedua sebelah kanan, aku bertanya dengan
mereka’ abis aku nak duduk mana?’ diorang gelak kan aku dan suruh aku duduk di
barisan hadapan. Hati ku berbisik, mana perempuan itu? Terdetik perasaan rindu
untuk melihat wajah dan telatah nya. Wajah nya seakan-akan wajah ibu ku yang
jauh di johor bahru.
Dari jauh aku melihatnya berjalan ke pintu kelas
dengan wajah yang mencuka, aku pun bertanya’ apsal muka macam nie?’ jawapan dia
buat aku tergelak, ‘aku tak suka masuk kelas nie, aku tak suka maths or
kira-kira. Susah lah kelas nie’. Mendengarkan jawapan nya itu, aku terus
menawarkan diri aku untuk membantu dia dalam memahami subjek itu, Aku pun tak
sampai hati nak biarkan dia gagal or repeat paper and aku memang ikhlas nak
bantu dia. Kawan-kawan aku pula, fkir bukan-bukan dengan mengatakan aku nak
mengorat dia, aku malas nak jelaskan benda-benda yang remeh temeh ni, so aku
tak mengiya kan mahu pun menindakkan apa yang diorang katakan.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment