Thursday, January 2, 2014

DIARI HATI SEORANG LELAKI (Part 2)


Sejak aku bertemu dengan nya, aku mula menulis sajak cinta, selepas tamat waktu pembelajaran aku akan membeli kertas yang bercorak dan aku akan taip sajak itu menggunakan computer, dan printkan di atas kertas bercorak tersebut. Tiap-tiap hari lepas habis waktu sekolah, aku bergegas jumpa dia dan bagi sajak itu. Kadang-kadang kalau aku tidak berkesempatan untuk berjumpa dia, aku akan meletakkan sajak itu di meja nya. Aku pun tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk berbuat sedemikian rupa. Berbaloi dengan usaha ku, aku dan dia menjadi pasangan, tapi tak bertahan lama kerana alasannya dia ingin focus dalam pelajaran. Dengan berat hati aku terpaksa menerima keputusan nya itu, kami mengambil keputusan untuk menjadi teman tapi mesra sehingga habis spm. Sejak habis spm, aku dan dia lost contact, dengar cerita dari kawan-kawan, dia membawa diri ke perlis mengambil bidang pharmacy. Nur liyana seorang perempuan yang baik dan manja, tapi dia terlalu matang dan tidak mampu untuk mengawal proses pembesaran dia, malahan dia seorang yang bijak dan di senaraikan top student di sekolah. Sampai di situ sahaja kisah cinta pertama ku dan aku masih lagi mencari cinta dan mahu menyambung pembelajaran ku.

Lepas habis spm, setahun aku berkerja dengan adik kepada atuk ku sebagai tukang kebun, ini lah kerja pertama ku, dalam masa tiga bulan sahaja, aku mampu mengumpul RM 1,800. Aku sangat bangga dengan diri ku pada waktu itu, nilai itu sudah cukup besar bagi ku. Dengan usaha gigih ku itu, aku nekad untuk membeli telefon yang paling baru di pasaran iaitu handphone nokia n series n81,aku menghabiskan separuh masa ku dengan melayan internet dan dari situ lah aku mengenali cinta kedua ku, tapi aku tak sangka aku telah di tipu oleh wanita tersebut. Aku mengenali dia melalui chatting room, malahan aku sanggup datang ke kuala lumpur untuk berjumpa denganya, aku sanggup menolak tawaran belajar dari uitm kedah, semata-mata untuk berjumpa dengannya. Aku telah mensia-sia kan peluang yang diberi.

Sesampai aku di kuala lumpur, aku bergegas untuk bersemuka dengan nya, harapan aku punah apabila gambar yang di beri tidak sama dengan realiti. Aku tidak boleh membohongi diri aku yang aku jatuh cinta dengan wanita dalam gambar itu bukan yang depan mata aku sekarang. Aku berchatting dengan dia hampir setahun. Takkan aku nak bohong diri aku sendiri. Aku rasa aku tak bercinta pun dengan perempuan itu, selepas aku tau kebenarannya aku buat keputusan untuk tinggalkan dia macam tu je, aku tukar nombor handphone and that’s it!.

Bagi aku,dia tak penting dan tak pernah wujud pun dalam hidup aku, aku tak suka kena tipu mahupun menipu, orang lain pun tentu akan buat macam yang aku buat dan benda ini telah bagi aku pengajaran untuk tidak cepat percaya orang lain, malahan aku sangat berhati-hati selepas kejadian itu. Aku boleh tau kalau aku kena tipu, malah aku anggap tak ada siapa boleh tipu aku.

bersambung..

Regards,
Siti Afizah Mohd Puldin Amir


No comments:

Post a Comment