Tuesday, April 7, 2015

MEE GORENG MAMAK VERSION CAMPAK

Bukan teringin nak makan pun mee goreng mamak ni tapi memandangkan dah bosan asyik masak mee basah je, aku pun try lah google and jumpa lah resepi mee goreng mamak yang super duper senang , kau campak2 je jadi lah mee goreng mamak tu.

Mari dekat mari lihat..cewah

BAHAN-BAHAN
Mee kuning
Isi Ayam
Fish cake @ Tauhu (tauhu goreng dulu baru potong kecik2) - aku tak letak sebab tak makan
Taugeh - tak letak
Sawi
3 sudu cili kering yang di blend
1 sudu rempah kari - tak kisah kari apa
3 sudu sos cili
3 sudu kicap pekat - cair pun boleh
1 biji bawang besar (cincang)
1 biji telur
3 biji cili padi - nak letak boleh tak letak pun boleh
1 biji limau kasturi - tak letak
garam - letak bila rsa perlu sahaja sebab bila kau dah letak sos and everything memang cukup segala rasa

CARA-CARA
  1. Tumis bawang, cili blend, kari sampai garing - aku tambah cili padi
  2. masukkan isi ayam, fish cake atau tauhu. gaul and biarkan selama 2 minit
  3. masukkan kicap, sos cili, dan mee kemudian biar sebentar
  4. masukkan sawi atau taugeh
  5. lepas tu ketepikan mee dan masukkan telur kat tengah2 kuali biarkan masak sedikit dan gaul bersama mee.
  6. masakkan mee sehingga kering.
  7. hidang dan hiaskan dengan limau kasturi


*boleh rujuk gambar kalau tak boleh imagine cara aku masak tu.


Mee goreng mamak Mrs Monyong version campak !


Aku makan sikit aje sebab aku bukan penggemar mee goreng mamak. Mr. husband tambah 2 kali sebab dia cuma tolak kayu and batu sahaja. 


senang dan mudah. kalau makan kat luar belum tentu terjamin dengan kebersihan and satu pinggan cecah RM 5.00, sekarang lagi mahal kot. baik masak dekat rumah aje. 

kalau nak masak dengan KUANTITI yang BANYAK, bahan kau double kan je. paling penting kau masak biar niat ikhlas and penuh dengan kasih sayang. cewah.

SELAMAT MENCUBA





No comments:

Post a Comment