Siapa yang tak mahu hidup bahagia kat dunia nie,
mempunyai keluarga yang lengkap, sempurna dan bahagia. Sejak aku kecil lagi aku
telah rasa hidup keseorangan, biarpun hidup aku mempunyai seorang ayah, mama
dan dua orang adik perempuan, sejak aku kecil lagi aku telah diolah dan bermain
dengan fikiran aku sendiri. Aku akui, aku kurang mendapat kasih sayang dari
seorang ayah, aku cemburu melihat orang lain rapat dengan ayah mereka bermesra
dan bermanja, jauh di sudut hati aku, aku inginkan seorang ayah yang mampu
membimbing, mengajar aku tentang kehidupan, juga menjadi seorang cikgu dan imam
dalam solat ku. Aku tau aku tak akan dapat semua tu.
Aku dibesarkan dengan hanya mendapat kasih sayang
dari seorang mama, dia yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan tabah dalam
mengharungi dugaan hidup. Mama sentiasa sabar dan sentiasa melayan kerenah aku,
aku tau aku bukan seorang anak yang baik, sentiasa membantah dan panas baran,
tapi itu semua semasa zaman persekolahan ku.
sejarah hidup ku paling sedih apabila ayah dan mama
bercerai, pada saat itu aku kelu dan aku hanya mampu menangis dan berkata pada
hatiku ‘aku sayang ayah dan mama, kenapa keluarga kita jadi begini’. Aku tak
akan lupakan kisah penceraian mereka, apabila ayah keluar rumah, ayah berpesan
pada aku agar menjaga mama dan adik-adik.
Aku tak ada pilihan, di usia yang
sebegitu muda aku suda memegang tanggunjawab yang sangat-sangat besar. Aku Cuma
berumur 17 tahun di waktu itu. Di tambah dengan kehidupan yang sangat-sangat susah,
aku sanggup menebalkan muka aku dengan meminjam duit dari kawan-kawan aku di
sekolah, aku malu. Tapi aku tak ada pilihan lain demi adik-adik yang masih
bersekolah aku terpaksa. Personaliti aku berubah, aku menjadi seorang yang
memberontak, emosi aku terganggu sejak penceraian ibu bapa aku, aku tak kisah
kalau aku tak dapat kasih sayang dari seorang ayah, tapi kenapa sampai
bercerai, dengan meninggalkan tanggungjawab ini,aku tidak bersedia lagi untuk
memikul semua nie, hati aku meraung, menangis tapi aku tak mampu. Aku hanya
mampu berserah.
Apabila Aku meningkat dewasa, kini aku sudah mampu menerima
penceraian ayah dan mama aku. Itu mengenai kisah keluarga ku, beralih pada
kisah cinta ku, Pada saat ini aku mula mengenali erti cinta, apa itu
cinta?penting kah cinta dan dari mana datang nya cinta?
Cinta pertama ku si dia yang bernama nur liyana
berlaku semasa zaman persekolahan ku. hari pertama ku disekolah menengah syed
mashor kelas ku 2 teknik 2, aku duduk di bangku belakang sekali. Suasana baru
bagi ku, kerana sekolah ini terletak di hulu selangor, aku dan keluarga ku
berpindah ke sini selepas penceraian kedua ibu bapa ku. Aku agak pelik sebab
terbiasa hidup di kawasan Bandar sebelum ini. Pada saat aku memerhati suasana
kelas ku, mata ku tertarik dengan seorang gadis yang berbaju kurung biru,
bermata puyu dan berhidung mancung. Aku ingin berkenalan dengan nya tapi aku
tidak mempunyai keberanian yang cukup untuk melakukannya. Aku sangat-sangat
rendah diri apatah lagi, aku bukan lah tergolong dalam kategori kacak atau pun
segak tapi aku mempunyai bakat dalam mencipta sajak cinta.
Bersambung..
Regards,
Siti Afizah Binti Mohd Puldin Amir
No comments:
Post a Comment